PANAS BARAN
Wednesday, 12 October 2011 | 20:15 | 0 weird people
Assalammualaikum semua...

Pada pagi ini saya nak sharekan satu artikel yang saya baca di I LUV ISLAM...diharapkan kita semua dapatlah satu ilmu pagi ini yer..hehehe.

Uolls semua dah bacakan entry kat atas tuh?? ok2...jom kita sama-sama ambil tahu tentang entry tu k -_-



Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan?Marah sebenarnya apabila kena pada tempat ia akan menjadi terpuji tetapi marah kalau tidak kena tempat itu adalah keji.Apakah perbezaan panas baran dengan tegas?Perlukah kita ada rasa marah dalam jiwa?Saya akan cuba huraikan sebaik mungkin berkenaan isu ini.

Pernah suatu ketika dahulu Abu Darda' bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang apakah amalan yang boleh membawa aku untuk masuk ke syurga.

Rasulullah S.A.W menjawab, "Jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu."

Rasulullah mengulang pesanan ini sebanyak tiga kali. Jadi jelas kepada kita semua bahawa kita perlu mengawal sifat marah.Perlulah kita semua mengisi hati kita dengan dua benda iaitu Iman dan kasih sayang. Jika tiada kasih sayang dalam hati kita, tidak mustahil akan timbul kebencian.Contoh kebencian yang wujud itu ialah marah. Marah ini boleh jita ibaratkan sebagai bola bagai syaitan, boleh disepak terajang oleh mereka.

Sesungguhnya marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu dari api.Apa yang boleh memadamkan api? Air bukan?Jadi salah satu cara hendak memadamkan api kemarahan ini ialah dengan wuduk dan zikir. Ada juga amalan-amalan lain yang disarankan seperti mengamalkan ayat dalam surah At-Taubah ayat 129 dan surah al-Baqarah ayat 88.

Jadilah kita antara orang-orang yang bijak, kerana orang yang bijak ini adalah orang yang pandai mengawal kemarahannya.Kita perlu "mengotakkan" fikiran kita antara kerja, rumah, tanggungjawab dan sebagainya. Jangan jadikan anasir luar mengubah bentuk dan kehidupan asal kita.

Ada suatu kisah seorang isteri yang amat tertekan dengan suaminya yang panas baran.Pantang silap sikit disepak terajang isterinya. Dan si isteri yang penyabar ini berusaha dengan berdoa dan memohon kepada Allah disertakan solat hajat selama 40 hari.Dua benda yang dipohon olehnya iaitu agar diberi kekuatan untuk menegur suami dan dilembutkan hati suami.Apa yang terjadi, si isteri ini berjaya menegur suaminya hinggakan suaminya mengalirkan air mata. Subhanallah. Sesungguhnya hati manusia ini milik Allah, dan janganlah kita lupa serta leka dari memohon kepada-Nya.Moga-moga ujian yang diberikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat kepada Allah. Semua manusia diuji.

Cucu Rasulullah S.A.W iaitu Husin juga diuji. Kita dapat lihat betapa sabarnya beliau ketika dimaki, dicaci oleh penduduk kampung ketika berjalan seorang diri. Beliau hanya diam mendengar cacian mereka. Bayangkan betapa sabarnya Husin ini.

Jika kita melaluinya, bagaimana?Orang mengutuk kita, mencaci dan mengejek kita, masih mampukah kita tersenyum dan berdiam diri?Tepuk dada, tanya iman. Kadang-kadang kalau bukan tangan yang menghayun ke pipi, kaki yang terajang dahulu bukan?Sama-samalah kita cuba tanamkan sifat sabar dalam diri kita, Insya-Allah, dengan kesungguhan kita untuk berubah, Allah mempermudahkannya.

Jika ada di antara kita ini ada sifat panas baran, marilah sama-sama kita mengubatinya, agar sekeping hati yang kita miliki itu adalah hati yang bersih dan suci. Dan dengan hati yang suci ini, kita mampu menyampaikan dakwah Islam dengan baik.Moga bicara dibibir kita ini adalah bicara yang mampu membangunkan umat Islam dan bukan memusnahkan kerana jika bicara kita jernih bak air zam-zam, maka jernihlah ia.
Tetapi jika keruh bak kopi, maka keruhlah segalanya. Berwaspada terhadap bicara kita kerana sebaik-baik bicara adalah bicara yang sentiasa mengingati Allah.


Macam mane uolls semua?? Dah baca?? Insyallah lepas ini diharapkan ALLAH permudahkan segala urusan kita dan tanpa ada perasaan marah-marah lagi k. Semua rasa itu boleh hilang andai kata kita masih ingatkan Allah s.w.t....dan sabar juga adalah kunci segalanya.

Saya suka dapat share entry ini dengan uolls semua taw. Sebab ia jugak mengingatkan diri saya jugak untuk jadi seorang yang lebih penyabar dan semoga dikurniakan hati yang bersih.  Saya sayang ibu bapa saya,Abg Aeman saya...hehehe tiba-tiba pulak rindu. -_- oklah uolls semua,renung-renungkan,selamat beramal...
SALAM WRT...

   
                 ____________________________________________________________
TERIMA KASIH SEMUA SUDI BACA!!
-_- 

Assalammualaikum ^_^ Nama ana Dian Affira Hamzah. Ana seorang yang mesra dan peramah.Ana seorang yang pemalu dan segan bercakap dengan mereka yang tak dikenali. Ana masih lagi seorang pelajar. Ana suka membaca dan ber'online". Kepada semua selamat datang ke Dunia Hannah. Diharapakan ana dapat mengeratkan ukhwah lagi dikalangan semua. :) WASSALAM...

Viewer : Spongebob(s) 
Mood : Dunia Hannah Abadan Abada.


Life Scene
The Author
Assalammualaikum ^_^
Dian Hannah
7 June
Sepang,Selangor
I love vanilla chocolate cake
Love with Allah