ANDAI RASULLULAH S.A.W MASIH ADA
Thursday, 2 February 2012 | 19:37 | 0 weird people
Assalammualaikum w.r.t


Bismilahirrahmanirrahim
Denagn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Terasa diri ini tiada guna tika membiarkan sahaja blog ini terlantar dapat dirawat dan diubati. Ketika saat ini,semangat untuk menulis dan update coretan baru amat membara,tapi bila sudah mula menaip ianya mula kabur. Alhamdullilah,sebagai hamba Allah yang hina ini,yang masih diberikan nafas pinjaman semata mata olehNya didunia pinjamanNya juga saya masih mampu lagi duduk dihadapan skrin ini untuk berkongsikan perasaan saya.

Bahang menyambut kelahiran Rasulluallah amat terasa. Lebih-lebih lagi ketika ini macam-macam aktiviti yang mungkin akan dianjurkan oleh masjid diseluruh negara dalam menyambut Maulidur Rasul atau hari dimana umat islam seluruh dunia akan meraikanya. Seperti ditempat saya, bahang menyambutnya amatlah terasa apabila acapkali saya ke masjid ada sahaja memo atau undangan aktiviti yang akan dilaksanakan seperti ceramah oleh ustaz-ustaz yang dijemput.

Sebagai salah seorang umat islam yang lemah dan tidak berdaya ini,saya terasa amatlah sedih apabila mengenangkan ANDAI RASULLULAH MASIH ADA. Apa yang anda semua fikirkan jika rasul kita Nabi Muhammad masih ada?? Subhanallah...bagi saya sebagai umat islam dan sebagai umat baginda juga amatlah sedih jika baginda melihat akan umatnya sekarang. Adakah anda semua diluar sana ada fikirkannya??Bila mengenang dan membaca sirah Rasulullah berderai air mata, malam tadi tengok Ustaz Don dalam Cinta Rasul sebak sangat. Andai Rasulullah masih ada….Ya Allah lidah kelu untuk mengatakan bagaimana……

Saya masih ingat lagi perbualan saya bersama kawan,suatu petang kami berbicarakan tentang idola. Ada yang diantara rakan-rakan saya yang apabila ditanyakan siapakah idola mereka,ada yang mengatakan Sheikh Muzaffar,ada pula yang mengatakan Tun Dr.Mahathir dan bermacam lagi. Syukur alhamdulillah saya apabila mendengarkan yang idola mereka semua cendiakawan yang berilmu. Tapi ketika saat itu juga,dalam perasaan yang halus ini tersentap satu perasaan dimana tiada siapa diantara mereka yang mengatakan idola mereka adalah Rasullullah.

Ya Allah,layakkah manusia yang hina dijadikan idola kita sedangkan Nabi Muhammad diketepikan dalam senarai idola yang patut diagungkan oleh umat islam sekarang? Tidak berhargakah pengorbanan Rasullulah dalam menyebarkan agama islam yang suci hinggakan dipandang sepi sahaja? Tiadakah rasa cinta dan rindu pada lelaki mulia yang amat mencintai umat-umatnya sehingga ke akhir nafas baginda?


Saudaraku yang mulia, setiap hari Nabi Muhammad merindui umatnya. Setiap hari Nabi Muhammad mendoakan keampunan buat umatnya. Nabi Muhammad terlalu menyayangi umatnya sehinggakan baginda sanggup menggantikan kesakitan ketika menghadapi sekaratulmaut yang akan menimpa kita kelak.. MasyaAllah, tak mampu diungkap kesakitan saat menghapi kewafatan sehinggakan tubuh baginda yang mulia menggigil dan berpeluh menahan derita melepaskan nafas terakhirnya..Itu kesakitan yang menimpa kekasih Allah yang maksum dari sebarang dosa, bagaimana dengan kita???

Nabi Muhammad SAW sanggup menempuh semua dugaan dan rintangan semata-mata ingin menyampaikan agama suci ini buat umatnya. Baginda tak pernah mengeluh untuk memperjuangkan hak umatnya. Baginda tidak pernah walau sekalipun meninggalkan dakwahnya dek kerana kecewa atau berputus asa.. Setiap rintangan dan dugaan dihadapi demi menjamin kebahagiaan umatnya kelak di alam sana... Bayangkanlah, seorang lelaki yang mulia yang dipilih oleh Allah, begitu sekali perjuangannya demi cinta pada kita umat baginda..


Kemanalah kita umat islam ini jika tiada kekasih ALLAH ini Muhammad S.A.W


Sekarang,pejamkan mata dan tanya kepada diri kita.. Adakah kita layak digelar umat Muhammad sedangkan tiada satu sunnahnya yang kita amalkan? Adakah layak kita digelar umat Muhammad sedangkan idola kita ialah Tun Dr. Mahathir? Sheikh Muzaffar? Layakkan kita menganggap diri sendiri mencintai Rasullulah sedangkan tiada satu usaha kita dalam meneruskan dakwahnya?? Sudah penuhkah hati kita dengan bunga cinta kepada Allah dan rusulNya melebihi cinta kepada kedua ibu bapa dan saudara?? Setimpalkah rasa cinta kita kepada Rasulullah mencintai kita??  Berfikirlah sejenak saudaraku...

Diriku bukanlah manusia yang mulia, bahkan akulah yang paling lemah dan hina diantaramu... Aku juga masih belum mampu menjawab ya dalam semua soalan yang kuajukan....Aku jua insan lemah yang masih terkapai-kapai dalam mencari cintanya... Oleh itu, perbetulkanlah aku andai diriku salah dan terasa hatimu dengan ucapanku...  Sama-samalah kita bermuhasabah dan memperbaiki hati kita supaya di alam sana kelak, nasib kita lebih terjamin...

Bersamalah kita hayati semula perjuangan dan kisah-kisah Rasullulah dan sahabat-sahabat baginda dalam memperjuangkan agama islam yang suci ini dalam kita menyambut Maulidur Rasul. Renungkanlah dan selamat beramal. 

Wassalam w.r.t 

____________________________________________________________
TERIMA KASIH SEMUA SUDI BACA!!
^_^





Assalammualaikum ^_^ Nama ana Dian Affira Hamzah. Ana seorang yang mesra dan peramah.Ana seorang yang pemalu dan segan bercakap dengan mereka yang tak dikenali. Ana masih lagi seorang pelajar. Ana suka membaca dan ber'online". Kepada semua selamat datang ke Dunia Hannah. Diharapakan ana dapat mengeratkan ukhwah lagi dikalangan semua. :) WASSALAM...

Viewer : Spongebob(s) 
Mood : Dunia Hannah Abadan Abada.


Life Scene
The Author
Assalammualaikum ^_^
Dian Hannah
7 June
Sepang,Selangor
I love vanilla chocolate cake
Love with Allah