STAIRWAY TO HEAVEN
Tuesday, 14 February 2012 | 16:58 | 0 weird people

Assalammualaikum w.r.t


Bismilahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Salam,selamat pagi semua ^_^ sihat-sihatkah semua? .....semoga di pagi yang mulia ini kita semua dirahmati Allah s.w.t dan dikurniakan kesihatan yang sihat untuk memudahkan kita melakukan segala urusan.

Semua pernah tak ada impian atau mungkin cita-cita yang nak dilakukan selepas kita meninggal dunia nanti?Hehe..bunyi saya bertanya ini mungkin macam sedikit kasar bukan. Sebenarnya,saya cuma ingin berkongsi cerita atau mungkin berkongsi ilmu dengan anda semua pagi ini. Tajuk entry saya yang semua dah baca kalau saya terjemahkan berbunyi begini "TANGGA-TANGGA KE SYURGA" ...Wow!! nak pergi syurga ada tangga ke?? Sebenarnya kawan-kawan, memang ada tangga untuk pergi ke syurga tapi bukan tangga real yang setiap hari kita naik itu taw,tapi maksud tangga disebaliknya adalah amalan kita.

Saya terfikir untuk menulis entry ini sebenarnya sebab saya ini peminat cerita korea. Kawan-kawan tentu pernah tajuk cerita korea Stairway to heaven kan?? Sekarang cerita itu juga telah pun diadaptasikan pula dalam drama Filipina pula,dan hero heroin dia memang cocok bangat bak kata orang indonesia gitu..dan mempunyai tajuk yang sama dan jalan cerita yang sama dengan drama korea popular itu. Hurmmm...itu bukan yang sebenarnya saya nak tuliskan disini.

Sebagai manusia atau pun sebagai hamba Allah S.W.T yang masih diberikan nafas percuma didunia ini,kita sebagai manusia semuanya ada matlamat yang memang nak dapat sangat-sangat iaitu masuk ke syurga Allah bukan. Tapi pernah tak kita sebagai hamba Allah mencuba untuk dapatkannya?? Bagaimana nak dapatkannya?? Persoalan yang paling senang bagi kita tapi susah dan masih ada lagi yang susah untuk lakukan...Solat. Satu perkataan yang amat asing kalau kita perasan antara umat islam gunakan dengan mereka yang bukan islam gunakan dalam amalan kita untuk mencapai syurga Allah.

Ada tak anda semua penuh melakukan amalan solat lima waktu sehari semalam? solat yang wajib bagi kita dan disuruh kita jaga,adakah anda semua penuh untuk melakukannya? Kita boleh ada impian untuk mencapai syurga selepas meninggal nanti tapi ingatlah kawan-kawan semua,boleh dapat syurga Allah itu andai kata kita menjaga Hablu minnallah ataupun menjaga hubungan yang baik dengan Allah.  Melakukan setiap amalan yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.

solat boleh dilakukan dimana-mana


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"

Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu
.


Semoga saya harapkan dengan perisian dipagi ini boleh kita sama-sama manfaatkan yer semua... ^_^. 

   ____________________________________________________________________
TERIMA KASIH SEMUA SUDI BACA!!
^_^

Assalammualaikum ^_^ Nama ana Dian Affira Hamzah. Ana seorang yang mesra dan peramah.Ana seorang yang pemalu dan segan bercakap dengan mereka yang tak dikenali. Ana masih lagi seorang pelajar. Ana suka membaca dan ber'online". Kepada semua selamat datang ke Dunia Hannah. Diharapakan ana dapat mengeratkan ukhwah lagi dikalangan semua. :) WASSALAM...

Viewer : Spongebob(s) 
Mood : Dunia Hannah Abadan Abada.


Life Scene
The Author
Assalammualaikum ^_^
Dian Hannah
7 June
Sepang,Selangor
I love vanilla chocolate cake
Love with Allah