Friday, 9 March 2012 | 18:06 | 0 weird people
Bismilahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hai semua,diharapkan semua sihat sahaja ok...Pagi ini tak ada apa-apa pon coretan yang menarik nak saya kongsikan memandangkan ini adalah entry yang pertama untuk bulan March ini..hehe
Tadi pagi perkara pertama yang saya teringat bangkit dari tidur cuma satu je..hehe,nak wat kek pisang....Semua bahan untuk membuat kek semua dah siap sedia pon,memang tak payah beli lah sebab semua serba lengkap sudah ada kat rumah ini...hehe. Resepi ini saya tak tahu dari mana my mom dapat sebab dia kata resepi ini original dari die sendiri dan no copy-copy pon...tapi saya nak jugak share lah dengan kawan-kawan sebab mana tahu kalau-kalau korang semua pon ada bahan terlebih macam saya ni jugak boleh lah buat kan...
Resepi ini senang jew taw...jom skrol ke bawah..huhu
yang buat pagi tadi..huhu |
Bahan-bahan:
4 atau 6 biji pisang berangan atau pisang embun
1 cawan gula ( bersamaan 180 gram gula pasir)
4 biji telur ( tak kira size..huhu)
2 cawan tepung gandum ( gunakan cawan yang sama dengan gula)
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar baking powder
1 cawan minyak masak ( tetap cawan yang sama dengan gula)
1 camca esen pisang cap star brand ( kalau tak guna pon tak pe..huhu)
Cara-caranya :
1. Lenyekkan dahulu pisang dengan gula sehingga hancur sekata. Anda boleh gunakan belakang cawan plastik yang panjang untuk melenyekkan. Masukkan telur satu persatu.
2. Kemudian ayakkan dahulu tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayakkan tadi kedalam pisang, dan diselang selikan dengan minyak.
4. Akhirnya,masukkan esen pisang dalam adunan dan pukul serata.
5. Tuangkan kedalam loyang 8x8 atau mungkin gunakan bekas kek muffin.
5. Kukuskan selama 1 jam
ni yang saya buat pagi tadi... |
Ok,bila sudah siap nanti..bolehlah makan..hehehe. Mungkin bagi korang biasa je kek ni kan..tapi saya kalau di rumah asal ada pisang je,mesti saya buat sebab yang pertama mudah,sebab kedua...SEDAP..hehe. Kadang-kadang itu selalu jugak buat bila ada orang tempah,terutama makcik-makcik sedara...hehe Hurmmm...kawan-kawan,selamat mencuba yer,dan gunakan hujung minggu ini dengan aktiviti yang berfaedah..cewwwwwwaaaaaaahhhh!!!hehe
Bubye..
________________________________________________________________________
TERIMA KASIH SUDI BACA!!
^_^