KEREPEK BANTAL
Tuesday, 13 March 2012 | 20:38 | 1 weird people

Assalammualaikum w.r.t

Bismilahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hai semua, pagi ini agak suram jew..mendung dilangit dan hujan yang renyai-renyai tanpa henti. Uolls semua dah memasak untuk makan tengahari ini atau senang cite lunch lah...hehe,mesti sudahkan. Saya pagi-pagi lagi dah bangun dan kira-kira sejam yang lepas saya sibuk didapur menggetel tepung. Nak tahu saya buat apa?? hmmmmm,kalau sudah baca entry tajuk saya hari ini adalah....jeng,jeng,jeng....jom skroll ke bawah


makanan kegemaran saya..hehe


Bahan-bahan :

500 gram tepung gandum
Serbuk udang secukupnya
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang putih 
4 ulas bawang merah
1/4 sudu kecil serbuk penaik
Garam & gula pasir secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak

Cara membuatnya :

1. Satukan bahan-bahan (kecuali minyak masak) hingga sebati.
2. Gelek adunan nipis-nipis dan dipotong memanjang.
3. Kemudian dipotong kecil-kecil dan digoreng hingga kekuningan.


Ha,uolls semua sudah bacakan..hmmm,saya tadi buat kerepek bantal lah sebenarnya. Semua tentu pernah makan bukan dan yang pastinya menjadi kegemaran semua kanak-kanak. Kalau uolls yang ada adik-adik kecil kat rumah tu cubalah resepi ini,senang tau nak buat dan yang paling penting SEDAP..hehe.

Yang paling saya ingat kenangan waktu skol dulu ialah time rehat sahaja mesti saya beli di koperasi sebab kalau uolls nak tahu kadang-kadang selepas rehat kegunaannya adalah saya akan makan sorok-sorok dalam kelas,almaklum lah..cikgu mengajar didepan dan memandangkan saya duduk di barisan paling belakang apa lagi..makan.hehehehe...nakal juga saya ini sebenarnya (perasan..hehe)

Oklah..selamat mencuba. 


_______________________________________________________________________
TERIMA KASIH SEBAB SUDI BACA!!
^_^


Assalammualaikum ^_^ Nama ana Dian Affira Hamzah. Ana seorang yang mesra dan peramah.Ana seorang yang pemalu dan segan bercakap dengan mereka yang tak dikenali. Ana masih lagi seorang pelajar. Ana suka membaca dan ber'online". Kepada semua selamat datang ke Dunia Hannah. Diharapakan ana dapat mengeratkan ukhwah lagi dikalangan semua. :) WASSALAM...

Viewer : Spongebob(s) 
Mood : Dunia Hannah Abadan Abada.


Life Scene
The Author
Assalammualaikum ^_^
Dian Hannah
7 June
Sepang,Selangor
I love vanilla chocolate cake
Love with Allah