~RAMADHAN KAREEM~
Tuesday, 31 July 2012 | 07:23 | 0 weird people


Assalammualaikum w.r.t

Bismilahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdullilah, masih lagi saya diberi peluang untuk menulis entry kali ini. alangkah rindunyer pada blog ini..hehe ^_^ . Harini 31 Julai 2012 dan saya baru menulis entry yang pertama untuk bulan ini??? hehehe...mesti ada yang tertanya kan,kemana perginya saya???huhu,saya ada je dan masih lagi dimuka bumi Allah ini cuma saya sahaja yang tak berpeluang dalam masa untuk menulis entry. 

Pejam celik,pejam celik kita dah pon mencapai malam yang ke 11 dalam bulan Ramadhan inikan,wahhhh....tak lama lagi raya uuuuu,hehe. cakap pasal raya,excited giler kot tapi tak sampai jadi giler lah..cuma seronok,dan sayang nak tinggalkan bulan ramadhan ini. Sebelum terlambat dan saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan kepada semua yang mengenali saya DIAN AFFIRA anak Encik Hamzah dan merupakan anak perempuan yang comel kepada Puan Paridah ^_^...perasan diri ini comel. 

Korang semua dah beli baju raya?? wahhh,soalan cepumas tu.. kalau saya lah,awal-awal lagi dah prepare baju raya,tak banyak mana pon sikit jew..cikit r sangat :) Dalam bulan pose ini saya terlalu buzy sangat-sangat,tak tahulah buzy dari segi apa..hehe,tapi yang saya tahu memang saya buzy. 

Sebelum itu saya nak kongsikan sedikit perisian tentang bulan ramadhan. 



Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:




Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmanirohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan . 


Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab").
Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja . Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus.

Selain itu,Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan . Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ianya berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.



Wahhhhh..seronokkan kawan-kawan bila kita dapat mempersiapkan diri kita kearah itu. Tentulah seronok sebab yang paling utama hati jadi tenang. Hmmm,kalau nak lebih gambaran tengok pic kat atas tu,hehehehe. ^_^. 

Oklah,sampai disini dahulu coretan saya pada malam ramadhan yang indah ini.Salam Ramadhan Al-Mubarak semua -__-  


  ___________________________________________________________________
TERIMA KASIH SEMUA SUDI BACA!!
^_^


Assalammualaikum ^_^ Nama ana Dian Affira Hamzah. Ana seorang yang mesra dan peramah.Ana seorang yang pemalu dan segan bercakap dengan mereka yang tak dikenali. Ana masih lagi seorang pelajar. Ana suka membaca dan ber'online". Kepada semua selamat datang ke Dunia Hannah. Diharapakan ana dapat mengeratkan ukhwah lagi dikalangan semua. :) WASSALAM...

Viewer : Spongebob(s) 
Mood : Dunia Hannah Abadan Abada.


Life Scene
The Author
Assalammualaikum ^_^
Dian Hannah
7 June
Sepang,Selangor
I love vanilla chocolate cake
Love with Allah