DOA SEORANG WANITA
Wednesday, 1 August 2012 | 22:49 | 2 weird people

Assalammualaikum w.r.t

Bismilahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




buku yang banyak memberi inspirasi pada saya ^_^


Ya Allah..

Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,

Kau berikanlah aku kekuatan mental,

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..


Ya Allah..
Sekiranya dialah bakal zaujuhku ini adalah pilihan Mu di arash,

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,

Sekiranya bakal zaujuhku ini adalah zaujuh yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,

Sekiranya zaujuhku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya zaujuhku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya zaujuh ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..


Tetapi Ya Allah..
Sekiranya zaujuh ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,

Sekiranya zaujuhku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,

Sekiranya zaujuhku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya zaujuhku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..


Ya Allah..

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai zaujah,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..


Ya Allah..

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,

Aku buta tanpa bimbingan Mu,

Aku cacat tanpa hidayah Mu,

Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..

Kuatkan hati dan semangatku,

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,

Jadikanlah aku zaujah yang disenangi zaujuhku,

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..


Hanya pada Mu, Ya Allah..

Ku pohon segala harapan,

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,

Kerana aku sedar hinanya aku,

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..


Ya Allah Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,

Isteri yang dikasihi,

Isteri yang solehah,

Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Amin, Ya Rabbi Allamin.. :)


  ___________________________________________________________________
TERIMA KASIH SEMUA SUDI BACA!!
^_^

Assalammualaikum ^_^ Nama ana Dian Affira Hamzah. Ana seorang yang mesra dan peramah.Ana seorang yang pemalu dan segan bercakap dengan mereka yang tak dikenali. Ana masih lagi seorang pelajar. Ana suka membaca dan ber'online". Kepada semua selamat datang ke Dunia Hannah. Diharapakan ana dapat mengeratkan ukhwah lagi dikalangan semua. :) WASSALAM...

Viewer : Spongebob(s) 
Mood : Dunia Hannah Abadan Abada.


Life Scene
The Author
Assalammualaikum ^_^
Dian Hannah
7 June
Sepang,Selangor
I love vanilla chocolate cake
Love with Allah