Wednesday, 24 October 2012 | 19:38 | 0 weird people
Alhamdulillah,memanjat syukur pada ilahi
Sekarang saya sedang menunggu keputusan yang teramat indah dalam hidup
Keputusan yang menentukan masa depan saya sebagai seorang wanita
Jengjengjeng..
Untuk entry kali ini saya ingin mengajak semua bermain satu permainan
Satu dari permainan atau aktiviti yang berfaedah juga yang boleh mengajar kita untuk menjadi lebih bertaqwa pada Ilahi
Jom...ikuti aktiviti
Bagaimanakah cara kita menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah s.w.t sebagai khalifah di muka bumiNya?
- Sediakan sebuah kotak bersaiz sederhana
Seperti gambar diatas ini,saya gunakan kotak hadiah yang bersaiz sederhana
>_<
2. Tuliskan nikmat paling besar yang kamu perolehi pada hari itu diatas
sehelai kertas
3. Lipatkan kertas itu dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan sambil
mengucapkan lafaz hamdalah atas nikmat yang diberikan oleh Allah
Contoh : " Alhamdulillah,hari ini Allah permudahkan urusanku sehingga aku dapat
menyiapkan laporan ini tepat pada masanya"
amiin..
4. Tarik nafas, tenangkan diri dan hayatilah kembali nikmat yang telah berlalu itu dengan
hati yang bersyukur. Jangan lupa tingkatkan ibadah sebagai tanda syukur kepada Allah.
5. Ambil masa sekali seminggu dan sebulan sekali untuk membaca kembali koleksi nota
syukur anda.
Jika kamu dapat lakukan langkah di atas secara berdisiplin,maka kamu telah mengaplikasikan ketiga-tiga unsur dalam syukur iaitu :
- Bersyukur dengan hati
- Bersyukur dengan lidah
- Bersyukur dengan anggota badan
Aktiviti ini saya sharekan melalui hasil bacaan Majalah Solusi. Iaitu isu ke 46..majalah yang banyak memberikan manfaat kita bersama. Jika ada yang pernah baca keluaran ini,dapatlah kita berkongsi bersama.
Tetapi jika yang tidak pernah atau masih belum lagi,dapatkanlah majalah ini..insyallah banyak mengandungi ilmu yang boleh dimanfaatkan dan dijadikan amal kita bersama =_=
___________________________________________________________________
TERIMA KASIH SEMUA SUDI BACA!!
^_^