~RAHSIA PERWATAKAN WANITA~
Wednesday, 24 October 2012 | 03:24 | 0 weird people


 Hai..memandangkan harini ada kesempatan,saya nak kongsikan satu bacaan saya pada satu artikel yang menarik..huhu
Artikel ini adalah mengenai perwatakan wanita.




Tahukah kawan-kawan semua,uolls semua..
Bahawa watak wanita dapat dikenali melalui cara mereka tidur menggunakan bantal?
Melalui uji kaji,inilah kaedah mereka menilai sifat wanita berdasarkan cara mereka manfaatkan bantal
Ok,nak tahu lebih lajut..jom kita baca



1. MEMELUK BANTAL
  • Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan,muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



2. MENGGUNAKAN BANYAK BANTAL
  • Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3. TIDUR DENGAN SATU BANTAL
  • Mereka bukan jenis ngada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4. MELETAKKAN BANTAL DIBAWAH KAKI
  • Mereka mempunyai sifat yang kurang baik. Mereka jenis yang jarang bergaul mesra dengan orang ramai,malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.


5. TIDUR TANPA BANTAL
  • Mereka memiliki sifat yang terlalu percaya pada diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego yang tinggi.





Artikel ini tidalkah boleh kita percaya seratus peratus.
Ia adalah cuma uji kaji sahaja,dan terpulang pada diri kita sendiri mencorakkanya.
Saya hanya sekadar ingin berkongsi sahaja.
Jangan percaya sangat ok,dan terpulang pada individu itu untuk menilainya
=_=




p/s : Agak-agaklah,yang mana satu penilaian untuk saya? 

___________________________________________________________________
TERIMA KASIH SEMUA SUDI BACA!!
^_^

Assalammualaikum ^_^ Nama ana Dian Affira Hamzah. Ana seorang yang mesra dan peramah.Ana seorang yang pemalu dan segan bercakap dengan mereka yang tak dikenali. Ana masih lagi seorang pelajar. Ana suka membaca dan ber'online". Kepada semua selamat datang ke Dunia Hannah. Diharapakan ana dapat mengeratkan ukhwah lagi dikalangan semua. :) WASSALAM...

Viewer : Spongebob(s) 
Mood : Dunia Hannah Abadan Abada.


Life Scene
The Author
Assalammualaikum ^_^
Dian Hannah
7 June
Sepang,Selangor
I love vanilla chocolate cake
Love with Allah