~DURIAN CREEP GEBU~
Tuesday, 27 November 2012 | 17:47 | 0 weird people

Hai semua, sekarang adalah fenomena durian creep. If kalau korang baca entry blogger lain..banyak yang nak menceritakan tentang durian creep.



Harini saya pon nak juga terlibat..kihkihkih gelak gedikz...versi dian.
Untuk entry kali ini saya nak kongsi resepi untuk korang. Durian creep ini memang sedap tau. If kalau korang pergi Mid valley,memang ada tapi mahal lah satu pek 10 hengget..takdalah mahal sangat tapi macam tak berbaloi. Selalu sangat beli apa kata kalau kita try buat sendirikan.
So,jom saya share resepi dengan korang.


Bahan-bahan nak buat Durian Crepe. Senang je ok bahan-bahan dia :

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Untuk filling:
1 cawan whipping cream dan durian yang telah di buangkan biji




Untuk whiping cream,saya gunakan jenama Anchor yang macam gambar atas ini. Ianya biasa digunakan dan yang paling ok sebab ianya terjamin halal. Kalau jenama yang lagi dua tu  saya tak pasti but whipping cream jenama Anchor ini sedap tu.. +_+





Dan untuk buat durian creep ni wajib ada durian taw. Kalau tak ada durian tak adalah namanya durian creep. Dan durian itu pastikan telah dibuang biji dan seterusnya dilenyekkan. Kalau tak buang biji tercekiklah korang nak makan kalau tak pon gigi korang yang patah gara-gara tergigit biji. =_=

Selepas itu,cara-caranya senang sahaja. Saya guna blender je..guna pengisar lagi mudah dan cepat.
Kisarkan semua bahan-bahan taw.




Dah kisar..nampak tak gebu bahan-bahan yang saya kisarkan itu. Huhuhu...caranya senang jewkan. Eh senangnya..?? Yap,memang senang..

Lepas tu,jangan lupa tapiskan bahan-bahan yang dikisar..supaya untuk dapatkan kulit crepe yang lebih halus dan mulus macam kulit saya..kihkih +_+  kalau tak tapis pon tak apa,terpulang pada uollllss ok.


Tuang dalam bekas,pastu letaklah warna yang korang suka. Tapi saya gunakan warna kuning dari jenama star brand sebab nama pon durian crepe kan jadi warna durianlah. Kalau nak buat warna warni pon boleh..
ikut individu +_+




Dalam masa yang sama saya putarkan whipping krim sampai kental guna  stand punya jew.Senang sebab dalam masa yang sama saya kisar bahan-bahan..saya biarkan whipping krim diputar dengan kental.




Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu,pastu boleh letak adunan tadi. Pastu goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis crepe itu. Alahh masak ni macam masak lempeng je. Tapi kalau boleh, buat ah crepe tu senipis yang boleh.
 Masak crepe ni yang belah bawah je tau. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin ni nak buat belah atas.


Lepas tu,letakkan atas pinggan. Tapi kalau boleh atau korang rajin sangat,korang boleh lah plastik yang bungkus nasi lemak atau burger tu atas pinggan sebelum korang letakkan kulit crepe tu supaya tak susah korang nak balut nanti.
Ok part ni paling best. Letak whipping cream dengan isi durian dekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentuk bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak ni eh. Sebab bila lipat, nampak cantik ah, sebab yang part licin tu dekat atas.



Jadi lah macam ni. wahhh gebu nya durian crepe aku.kehkehkeh. Pastu boleh sejuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Nak buat crepe tu bagi nipis adalah benda yang sangat mencabar sekali untuk resepi kali ni.Bila terlampau nipis, crepe senang koyak. Crepe yang koyak-koyak tu boleh lah makan sambil cicah dengan sambal ikan bilis. So pada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba uolsss

___________________________________________________________________
TERIMA KASIH SEMUA SUDI BACA!!
^_^

Assalammualaikum ^_^ Nama ana Dian Affira Hamzah. Ana seorang yang mesra dan peramah.Ana seorang yang pemalu dan segan bercakap dengan mereka yang tak dikenali. Ana masih lagi seorang pelajar. Ana suka membaca dan ber'online". Kepada semua selamat datang ke Dunia Hannah. Diharapakan ana dapat mengeratkan ukhwah lagi dikalangan semua. :) WASSALAM...

Viewer : Spongebob(s) 
Mood : Dunia Hannah Abadan Abada.


Life Scene
The Author
Assalammualaikum ^_^
Dian Hannah
7 June
Sepang,Selangor
I love vanilla chocolate cake
Love with Allah